GASING
Gasing merupakan sejenis permainan
yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing
merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya
dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara
kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.
Gasing dibuat daripada kayu bebaru,
kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik
dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.
Tali gasing dibuat daripada kulit
pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang
tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. biasanya 1
meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing
Batu Seremban
Batu Seremban dikenali
juga sebagai Selambut atau Serembat. Permainan ini biasanya dimainkan oleh
kanak-kanak perempuan secara individu atau berkumpulan yakni dua orang atau
lebih. Kebiasaannya pemain menggunakan guli kaca,biji getah,ketulan batu
kerikil,atau objek lain berbentuk bulat. Secara amnya,permainan ini dimainkan
pada waktu lapang,di serambi rumah,di dalam rumah atau dimana sahaja dengan
syarat permukaan tersebut rata dan bersih.
Permaian Teng-Teng
Permainan ini juga dikenali sebagai
Ketinting. Kanak-kanak perempuan sering memainkan permainan ini daripada
kanak-kanak lelaki. Ini mungkin disebabkan permainan yang tidak begitu lasak
serta memerlukan tenaga yang banyak dan ianya memerlukan pemerhatian di gelanggang
yang agak kecil sahaja. Di kampong-kampong gelanggang di buat dengan
mengoreskan garisan di atas tanah sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan
kanak-kanak yang berada di kawasan taman perumahan atau dikawasan pekan yang
tiada halaman bertanah. Mereka akan menggunakan kapur tulis tepung atau apa
sahaja yang dapat dilukiskan di atas jalan bertar. Teng teng dimainkan oleh
sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat orang setiap gelanggang,
tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap gelanggang. Sekiranya
melebihi dari empat pemain dalam satu gelanggang, ianya akan mendatangkan
kesukaran bagi setiap pemain untuk berteng teng.
WAU
Permainan layang-layang, juga dikenali dengan nama wau merupakan
satu aktiviti menerbangkan layang-layang tersebut di udara. Perkataan “wau”
dikatakan berasal dari perkataan kerajaan Melayu Pattani (Thai) memandangkan
negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan
tersebut. Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri
seperti di pantai barat dan selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor,
Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang
menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta
kerabat DiRaja. Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang
terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun
ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi "WAU" secara berirama.
Sejarah awal wau di Malaysia
Kedatangan permainan wau di
Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta asal-usulnya. Walau
bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, Wau di Malaysia berasal dari negara
China. Ini kerana rekabentuk serta ciri wau di Malaysia mempunyai persamaan
dengan layang-layang tradisional dari negara China. Layang-layang pada masa
dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di
Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari negara China
memandangkan hubungan Malaysia-China telah berlangsung sejak zaman Greek lagi.
Kemungkinan juga perkataan wau datangnya daripada perkataan Cina Hokkien (Fujian).
Kata untuk wau dalam dialek Hokkien ialah 'ao' di utara Malaysia.
Sejarah awal wau di Malaysia
"Congkak"
17. Congkak
|
No comments:
Post a Comment