Friday, 23 March 2012

SLIDE SHOW.....(MENGEJA)

 Mari Mengeja

 tikar





daun
mengkuang





buluh


tikar mengkuang


tikar buluh


ayaman tikar






Sunday, 11 March 2012

AyaMaN TiKaR....







Ayaman tikar yang kreativiti.....









cara bagaimana hendak mengayam tikar menggunakan kertas lukisan serta kertas warna.






ketekunan membuat ayaman tikar





VIDEO ANYAMAN TIKAR,,>>>
                                        


                                                                 





Friday, 9 March 2012

Rancangan Mengajar




 

RANCANGAN MENGAJAR
Nama kelas                            : Tadika Super Star 

Bilangan murid                       :            /25 Orang

Umur                                      : 5 Tahun

Minggu & Hari                       : Minggu 23 & Hari Isnin

Tarikh                                      :  4 Julai 2011

Cadangan masa                       :  60 minit (10.30 pagi-11.30 pagi)

Tema                                       : Seni, kraf dan peralatan tradisional
Tunjang Utama                       : Tunjang Sains dan Teknologi (awal sains) 

Tunjang disepadukan              : Tunjang Komunikasi (Bahasa Malaysia)
                                                 
                                                Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika (kretiviti)


Standard pembelajaran utama: (ST 3.2.2) Menggunakan deria berikut dalam penerokaan alam sekitar secara terbuka : a. penglihatan


Standard pembelajaran yang disepadukan:
i)  (BM 2.2.8) Bersoal jawab secara bersopan

ii) (KTI 1.2.13) Menghasilkan kraf tradisional yang mudah dengan menggunakan bahan yang sesuai



Objektif pembelajaran : Di akhir pengajaran, murid boleh :
 i) murid dapat menggunakan deria penglihatan dalam penerokaan alam sekitar secara terbuka seperti melihat kad gambar pelbagai jenis tikar.

ii) murid dapat bersoal jawab secara bersopan seperti ayaman tikar asal daripada daun mengkuang, dan  pokok buluh.

iii) murid dapat menghasilkan kraf tradisional yang mudah dengan menggunakan bahan yang sesuai seperti ayaman tikar daripada kertas warna.


Pengetahuan sedia ada           : Murid sudah mengenali bentuk tikar

Penerapan nilai                      : Peka, berani, bersungguh-sungguh, berkeyakinan, bersemangat.

Alat Bantu Mengajar (ABM) :  Komputer riba, ayaman tikar, tayangan video, kertas lukisan, kertas warna, gam dan guntung.

KBKK                                  : Menjana idea


MI                                         : Kecerdasan Kinestetik Tubuh 

Kosa Kata                             :Ayaman tikar. tikar buluh dan daun mengkuang.






RANCANGAN MENGAJAR

LANGKAH
    MASA
           
           AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


CATATAN

AKTIVITI GURU


AKTIVITI PELAJAR

Set Induksi
( 5 minit   )





1) Guru masuk ke kelas dengan membawa segulung  kertas, dan membawa komputer riba untuk tayangan video.

2) Guru meminta murid meneka apa yang ada di dalam  pada gulungan kertas tersebut.

1) Murid menanti apa yang guru bawa dan tertanya-tanya apa ada pada gulungan tersebut.


2) Murid cuba  memberi pelbagai jawapan dan meneka apa yang ada pada gulungan kertas tersebut.

ABM :   Ayman tikar

Objektif :

Nilai : Peka

KBKK : Menjana idea.


Langkah 1
(  10 minit   )










1) Guru membuka gulungan kertas tersebut dan murid memerhati gulungan kertas tersebut dan guru menerangkan kepada murid bahawa gulungan kertas tersebut adalah ayaman tikar dari kertas.

2) Guru meminta murid memerhati ayaman tikar tersebut dan bersoal jawab dengan murid seperti ayaman tikar asal daripada daun mengkuang dan pokok buluh.


1) Murid  melihat apa yang dilakukan oleh guru dan mendengar penerangan guru.





 2) Murid memerhati gulungan tikar tersebut dan menjawab persoalan guru.

ABM :  Ayaman tikar
Objektif : (i), (ii)

Nilai : Bersungguh-sungguh.



KBKK: Menjana idea.






Langkah 2
(15 minit  )

1) Guru membuka tayangan video mengenai jenis-jenis tikar. Contoh seperti tikar mengkuang, tikar buluh dan sebagainya.

2) Guru menceritakan kepada murid tentang tikar dan meminta murid untuk mengeja perkataan tikar yang ada di tanyangan video tersebut dan membuka tayangan video cara bagaimana membuat ayaman tikar.

3) Guru meminta beberapa orang murid ke hadapan untuk menyebut jenis-jenis tikar di tayangan video.
contoh: tikar, daun mengkuang, tikar mengkuang, buluh, tikar buluh, dan ayaman tikar 

1) Murid memberi perhatian serta cuba memberi reaksi yang gembira .



2) Murid memberi perhatian dan mengeja perkataan tikar dan seterusnya melihat video cara membuat ayaman tikar.





3) Beberapa orang murid ke hadapan dan cuba menyebut jenis-jenis  tikar tersebut.
contoh: tikar, daun mengkuang, tikar mengkuang, buluh, tikar buluh, dan ayaman tikar 


ABM : Tayangan video

Objektif : (i), (ii)



Nilai : Berani.






 KBKK: Mnejana idea.



Langkah 3
(20 minit  )

1) Guru menerangkan kepada murid tentang cara membuat ayaman tikar menggunakan kertas lukisan dan warna.

2) Guru memberi kertas lukisan, kertas warna gam, gunting kepada murid dan  meminta murid untuk membuat ayaman tikar tersebut dengan bimbingan.  

1) Murid dengan semangat guru membuat ayaman tikar tersebut.



2) Murid turut menerima kertas lukisan, kertas warna gam, gunting dari guru dan membuat yaman tikar dengan adanya bimbingan dari guru.  

ABM: kertas lukisan, kertas warna gam, gunting

Objektif : (iii)

Nilai: semangat.

KBKK: Menjana idea.








Penutup
(5 minit )



















1) Guru membuat rumusan tentang pembelajaran hari ini.

2) Guru menyoal semula kepada murid tentang jenis tikar.



1) Murid mendengar rumusan guru.


2) Murid menjawab soalan guru.




ABM : -


Objektif : -


Nilai: Berkeyakinan


KBKK: Menjana idea.


Impak : Secara keseluruhannya, murid-murid dapat menjawab secara lisan berdasarkan bahan yang ditunjukkan oleh guru. Bagaimanapun bilangan murid yang dapat menguasai hanyalah 23 daripada 25 orang murid sahaja. Ini mungkin untuk membuat aktiviti mengenal seni, kraf ataupun peralatan tradisoanal sangat sukar kerana ada ganguan yang tidak dapat di jangka. Justeru itu, guru perlu lebih bijak dan cekap untuk mengawal situasi pada masa itu.









LEMBARAN KERJA




4 Tahun


Warnakan kotak-kotak di bawah dengan dua warna  yang berbeza.









contoh yang perlu di warnakan..



Lembaran kerja untuk 5 Tahun

buat ayaman tikar...


Permainan Tradisioanal


GASING

Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.
Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.
Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing







Batu Seremban


 
Batu Seremban dikenali juga sebagai Selambut atau Serembat. Permainan ini biasanya dimainkan oleh kanak-kanak perempuan secara individu atau berkumpulan yakni dua orang atau lebih. Kebiasaannya pemain menggunakan guli kaca,biji getah,ketulan batu kerikil,atau objek lain berbentuk bulat. Secara amnya,permainan ini dimainkan pada waktu lapang,di serambi rumah,di dalam rumah atau dimana sahaja dengan syarat permukaan tersebut rata dan bersih.







 

Permaian Teng-Teng
 

Permainan ini juga dikenali sebagai Ketinting. Kanak-kanak perempuan sering memainkan permainan ini daripada kanak-kanak lelaki. Ini mungkin disebabkan permainan yang tidak begitu lasak serta memerlukan tenaga yang banyak dan ianya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja. Di kampong-kampong gelanggang di buat dengan mengoreskan garisan di atas tanah sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di kawasan taman perumahan atau dikawasan pekan yang tiada halaman bertanah. Mereka akan menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja yang dapat dilukiskan di atas jalan bertar. Teng teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat orang setiap gelanggang, tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap gelanggang. Sekiranya melebihi dari empat pemain dalam satu gelanggang, ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk berteng teng.




 WAU

Permainan layang-layang, juga dikenali dengan nama wau merupakan satu aktiviti menerbangkan layang-layang tersebut di udara. Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan kerajaan Melayu Pattani (Thai) memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut. Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di pantai barat dan selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja. Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan  menghasilkan bunyi "WAU" secara berirama.

Sejarah awal wau di Malaysia
Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, Wau di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta ciri wau di Malaysia mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China. Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari negara China memandangkan hubungan Malaysia-China telah berlangsung sejak zaman Greek lagi. Kemungkinan juga perkataan wau datangnya daripada perkataan Cina Hokkien (Fujian). Kata untuk wau dalam dialek Hokkien ialah 'ao' di utara Malaysia.


 
 


"Congkak"



17. Congkak
  • Permainan individu ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan. Selain kanak-kanak, perempuan dewasa termasuklah ibu-ibu dan nenek-nenek juga menggemari permainan ini.
  • Guli, batu kerikil kecil ataupun biji getah dijadikan buah congkak.
  • Pemain menggali lubang bagi membuat gelanggang permainan.
  • Setiap pemain memasukkan 7 biji buah congkak ke dalam setiap lubang congkak.
  • Permainan dimulakan serentak dan setiap pemain berusaha menambah bilangan buah congkak di dalam lubang rumah masing-masing.
  • Permainan berterusan sehinggalah tiada lagi buah congkak berada di dalam lubang di kampung masing-masing.
  • Permainan ini mengambil masa yang agak lama dan pemain yang berjaya memungut buah congkak yang paling banyak dianggap memenangi permainan ini.